Monday, January 25, 2010

Hari Yang Tak Best

Hari ni hari yang tak best. Sebab awal2 pagi lagi mama dah marah2 Aliya.

Maybe Aliya akan ingat hari ni sebab teruk juga mama marahkan Aliya. Mama sangat kasar dengan Aliya. Mungkin sehingga Aliya rasa sakit kerana kekasaran mama.

Mama sangat2 marah tadi. Bercampur kecewa. Walaupun dalam kepala mama terulang2 nasihat harian yang mama dapat melalui hp mama,

"kanak2 adalah seperti kain putih & mereka tiada DOSA, mengapa? Sesungguhnya Allah tidak menghukum mereka yang tidak mengerti akan segala sesuatu"

Bahkan, nasihat ini lah yang mama sematkan hari2 dalam hati dan fikiran mama, agar mama akan dapat memberikan yang terbaik untuk anak mama.

Tapi hari ni mama tak boleh cool walaupun kata2 itu terlintas di kepala setiap masa mama marah Aliya tadi. Kena rasuk? hem.. nafsu amarah. Mama langsung tak ingat untuk istighfar. Astaghfirullah.

Kerana kecewa, akibat aliya tak menurut arahan.

Kerana marah, bila seolah2 apa yang mama katakan tidak memberi makna apa2 pada Aliya.

Sedih.

Mama sayangkan Aliya, lebih dari diri mama sendiri. Mama mahu anak mama jadi anak yang baik, yang menurut arahan mama. Untuk kebaikan Aliya juga. Tapi, mama tak mahu macam ini caranya. Mama sangat2 berharap mama tak perlu sampai ke tahap ini lagi. Mama pun tak sangka mama boleh buat Aliya sakit akibat berkasar dek hangin mama. Mungkin suatu hari nanti Aliya ingat peristiwa hari ni, dan berasa sedih kerana mama buat Aliya seperti tadi.

Mama minta maaf, ya sayang. Mama dah takde idea nak buat apa dgn Aliya tadi. Jadi macam tu pulak... hmmm. Sekarang ni, mama sedih. Aliya? Mungkin dah tak sedih lagi walaupun tadi Aliya menangis. Kerana? kerana aliya "kanak-kanak"... "yang tidak mengerti akan segala sesuatu".

..... Feel down... much like a bad mom.

Monday, January 18, 2010

Trip to Kuantan Jan 2010

Dear darling,

This was one of our unplanned yet pleasant short trip to Kuantan. Abah had to join the East Coast Region Golf and Meeting on a weekend so he decided all of us should go. We planned for the water park treat for you on Sunday, but you caught a cold. So... we had to cancel it. But you were a good girl, you understood our explanation without much hassle, behaved very2 well. We are so proud of you, darling. And we are praying that you would always behave the way you did :).

Although you didnt get the chance to enjoy water park, you did (and so did Me and Abah) enjoy the Teluk Chempedak Beach. Here are some of the pics, baby.













Your current favourite pose... hehe





"Ada sand dalam slipper"


"Daddy loves you"


"Apa tuu Abah? Macam snake aje? Tapi nape head dia banyak??"

"Eww... sebab there isnt just one snake! Berbelit2!"




You dare trying to touch them!


Yang ni... Mama's favourite :)

Yang ni lak.. Mama and Abah's pic (taken by you)





It was a very2 fun trip.

And Aliya, we love you so.

Friday, January 8, 2010

Peringatan untuk Mama, dan Aliya. Thanks to Wardina Safiyyah


Salam, sayang.

Mama tak pasti yang ni bila Aliya akan baca, dan hargai. Tapi mama pasti yang ini peringatan sangat2 berharga buat diri mama hari ini, dan untuk Aliya suatu hari nanti. Harap kita sentiasa dilindungi Allah. Semoga keturunan, sahabat2 kita juga dilindungi Allah. Aliya jadikan ini pedoman, ya sayang. Ingatkan mama bila2 mama lupa. Dan jadikan sematkan ini dalam2 agar takkan hilang.

Mama ambil ni dari fb Wardina Safiyyah. Banyak yang mama belajar dari dia. Ini antaranya. Dia dapat ni pun from somewhere jugak. So thats why she began her notes like that.
 
"reminder...credits to abusyakirin.com....

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” [al-Tahrim 66 : 6]

Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Beliau selalu out station untuk memberikan training. Jadualnya ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Abi Memarahi vs Abi Murabbi

Saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Nik Abdul Syakur naik angin, saya akan ajak dia ke dapur dan buatkan Tea o’ais agar dia ‘sejuk’, kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.
Biar pun soalan anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Nik Abdul Syakur dan tak lama lagi Nik Kauthar Hanan juga. Biar pun isunya hanya soal wonderpets dan logico. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.

Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka.

Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.

Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina.

Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?

Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.

Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita. Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.

Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad’u pertama saya.

Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke KB, kita singgah di Merapoh untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke KB. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat.

Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi?

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, you get back!
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” [Al-Baqarah 2:128]
“…dan aku perlindungkan dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).” [Aali ‘Imran 3:36]
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” [Aali ‘Imran 3:38]
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” [Ibrahim 14:40-41]
“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa!” [Al-Furqan 25:74]
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” [Al-Ahqaf 46:15]
Semoga akhirnya, kami benar-benar mendapat rahmat-Mu, sehingga Kau tempatkan kami di laman keredhaan-Mu, “Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” [Ar-Ra’du 13:23-24]

Oh Allah, jadikanlah seluruh zuriatku hafiz / hafizah kitab-Mu, alim / alimah syariat-Mu, penghidup dan pembela sunnah Nabi-Mu, mujahid / mujahidah di Jalan-Mu, da’i / da’iyah kepada Mu… Ku adukan segalanya hanya kepada Mu!"

Monday, January 4, 2010

Happy New Year 2010, darling

Selamat Tahun Baru, sayang.

Tahun ni... just like Tok Ma told us, is a very important year to many of us. Uncle Pique is going to have his STPM, Uncle Min: SPM. Uncle Dan and Ashoo: PMR and Che Su: UPSR.  And ME: this year is suppose to be the final year for my PhD. I intend to keep it that way, as best as I could. Whatever it takes....

And this would means less words in this blog.. especially in the first few months where i would be taking time to adjust with new routines and schedule. There are just so many things to do...

But i would of course try my best to keep the important events posted in here. This i can promise you. So before i leave, here are some key stuff relating to you:

- You are still going to TKC for kindy
- You are registered in Mengaji Kelas... 5 days a week 2-4pm
- You are healthy as at today... and you weigh 20kg
- You are bugging me to entertain you and play with you Dora games at NickJr.com as i am doing this so i can not focus any longer.

SO later. Love ya baby.