Monday, January 25, 2010

Hari Yang Tak Best

Hari ni hari yang tak best. Sebab awal2 pagi lagi mama dah marah2 Aliya.

Maybe Aliya akan ingat hari ni sebab teruk juga mama marahkan Aliya. Mama sangat kasar dengan Aliya. Mungkin sehingga Aliya rasa sakit kerana kekasaran mama.

Mama sangat2 marah tadi. Bercampur kecewa. Walaupun dalam kepala mama terulang2 nasihat harian yang mama dapat melalui hp mama,

"kanak2 adalah seperti kain putih & mereka tiada DOSA, mengapa? Sesungguhnya Allah tidak menghukum mereka yang tidak mengerti akan segala sesuatu"

Bahkan, nasihat ini lah yang mama sematkan hari2 dalam hati dan fikiran mama, agar mama akan dapat memberikan yang terbaik untuk anak mama.

Tapi hari ni mama tak boleh cool walaupun kata2 itu terlintas di kepala setiap masa mama marah Aliya tadi. Kena rasuk? hem.. nafsu amarah. Mama langsung tak ingat untuk istighfar. Astaghfirullah.

Kerana kecewa, akibat aliya tak menurut arahan.

Kerana marah, bila seolah2 apa yang mama katakan tidak memberi makna apa2 pada Aliya.

Sedih.

Mama sayangkan Aliya, lebih dari diri mama sendiri. Mama mahu anak mama jadi anak yang baik, yang menurut arahan mama. Untuk kebaikan Aliya juga. Tapi, mama tak mahu macam ini caranya. Mama sangat2 berharap mama tak perlu sampai ke tahap ini lagi. Mama pun tak sangka mama boleh buat Aliya sakit akibat berkasar dek hangin mama. Mungkin suatu hari nanti Aliya ingat peristiwa hari ni, dan berasa sedih kerana mama buat Aliya seperti tadi.

Mama minta maaf, ya sayang. Mama dah takde idea nak buat apa dgn Aliya tadi. Jadi macam tu pulak... hmmm. Sekarang ni, mama sedih. Aliya? Mungkin dah tak sedih lagi walaupun tadi Aliya menangis. Kerana? kerana aliya "kanak-kanak"... "yang tidak mengerti akan segala sesuatu".

..... Feel down... much like a bad mom.

6 comments:

  1. hmmmm...sebab tu bila marah sgt, tarik nafas dalam2...istighfar byk2....tak kiralah marah kat sapa pun...athirah dgn afiqah always said...mama kalau marah jerit bunyi macam thunder...hehehehe....i wonder how's yours?? hehehhee...

    aliya jgn marah mama yer...mama dah masuk ghost..sebab tu dia dah tak boleh sabar....run aliya!!!!ruuuuuuuuuuuuuuuuuuunnn....

    ReplyDelete
  2. huhuhu...

    Ye lah Aliya.. I wish you could read comment auntie tantish yourself. Nanti... kalau mamam masuk ghost lagi (kelakar la kak tish ayat ni! hahaha) and suara mama even ada ciri2 menghampiri decibel yang di luar toleransi Aliya nanti, Aliya ruuuunnnnnn! Harap2 sangat mama masih waras pada masa itu... Harap2 juga mama ingat pesanan auntie tantish untuk tarik nafas dalam2 dan istighfar banyak2... Amiinn.. Mama sayaaaaang anak mama ni.

    Kak Tish... Pandainye diorg komen bunyi kak tish marah... pastu relate dgn thunder! Hahhaha... Aliya belum lagi ni.. mungkin sebab dia belum ada geng untuk discuss/gossip! Ahahah..

    ReplyDelete
  3. auntie faham camne perasaan mama aliya tu.. sebab auntie rasa untuk memulakan hari yang baik adalah dengan permulaan pagi yang baik.. takmoh rasa marah2.. takmoh rasa tak best.. kalau nak berpisah kejap dengan ahli keluarga pada pagi hari pun misal kata antara ayah/ibu dengan anak, suami dengan isteri.. ayah nak gi pejabat ke.. anak nak gi sekolah ke.. mesti bermanis2 muka.. sebab kita tak tau mungkin itu kali terakhir kiter jumpa dengan mereka.. nauzubillah.. dan mood kita pagi tu akan mempengaruhi mood kita for the whole day.

    dan auntie selalu baca jugak orang kata, pada pengakhiran hari iaitu malam sebelum nak tido pun mesti bermanis2 muka.. tak mo ada marah dan dendam yang tersirat.. selalu minta maaf dan memaafkan orang disekeliling kiter sebelum kita tido.. baru kita dapat tido dengan tenang.. antara ibu/ayah dengan anak pulak.. sangat tidak bagus untuk membiarkan anak tidur dalam keadaan mereka selepas kena marah.. maka.. cepat2 lah berdamai sebelum tido.. hehhe..

    untuk mama aliya.. auntie rasa there must be something wrong with her hari tu yang buat dia marah aliya sampai camtu sekali.. mungkin mama tengah bad mood, sedih, penat.. your mama pun just a human being ada buat silap.. auntie pun ada jugak terbuat camtu kat Irfan. kadang2 bila manusia dalam keadaan marah sangat.. kiter akan seperti dirasuk untuk melakukan perkara2 yang tidak baik.. sebab tu kena istighfar banyak2 bila rasa macam kena rasuk tu.. Auntie harap Aliya paham mama macam tu mesti ada sebab dan dia tidak akan sesekali sengaja untuk marah2 Aliya tak tentu pasal.. She marah u sebab she loves u so much dan nak Aliya jadi anak yang baik.

    dah.. gi peluk mama kuat2! :-)

    ReplyDelete
  4. Mama sebenarnya tak ingat berada dalam keadaan stress awal2 tu... yang mama tahu mama sangat frust bila aliya buat acuh tak acuh dgn instruction mama. Mama nak aliya bersiap pergi school, tapi Aliya buat derk je siap pasang dvd player. And you spent time laaaaaama sangat dalam bathroom main air sampai mama jadi hangin.

    But then again, you were just a kid. A child. I realy2 dont remember that at that moment. All i wanted was i want you to get ready for school immediately. I feel so sorry, dear.

    But thank you Auntie zubye. Ini peringatan yang sangat penting untuk kita, kan Aliya? Mama akan cuba amalkan hari2.. untuk pagi dan malam. Betul... siapa tahu apa akan jadi. Tak berbaloi langsung untuk ambil risiko tu.

    But of course, mama perlukan Aliya untuk sama2 jayakan. Mama sayaaaaaang Aliya. Jom kita hug kuat2!

    ReplyDelete
  5. hahaha...yesterday, auntie tantish baru naik angin dgn kakak athirah sebab dia taknak pegi sekolah agama...sebab dia tak siap homework jawi...haaaa...kakak athirah sibuk main game barbie dressed up online...bila auntie tanya dia kata takde homework....haaaa..aliya jgn ponteng school k...

    ReplyDelete
  6. ooohhhohoho... Ye ke... Kakak Thirah ni tak mau gi skolah sebab takut kena marah la tu homework tak siap.. hahaha... Rupanya kat rumah pun kena marah jugak. Hmm.. see Aliya... Mama pun akan marah jugak Aliya tau, if you do the same thing. Better jangan buat okeh :)

    ReplyDelete