Maka memang sangat gembiralah kita semua bila harinya sudah tiba. Mama ada banyak nak cerita pasal trip kita ni. Banyak sungguh lah. Mana tak... Gambar saje mau 800 lebih tau! Berbaloi2 beli EOS ritu... Sepenuhnya digunakan (setakat yang mama & abah pandai le). Nasib baik sungguh. Walaupun ada juga gambar diambil dgn compact camera, memang tak terbanding kepuasan menengok gambar dgn EOS ... ;)
Itu baru tang gambar2. Nak dikomen setiap satu gambar tu memang confirm sebulan baru puas hati. Tang perjalanan yang menyeronokkan (nasib baik naik Cathay Pacific!), aktiviti2... makanan2... orang2... mmm.... Yang paling penting sekali, gelagat Aliya masa di sana. Tgk lah. Mama cuba summarise2 kan sebaik mungkin. Memang kalau boleh semuanya mama nak rakamkan di sini. Supaya suatu hari nanti, ini dapat bantu Aliya untuk recall semua sebaik mungkin.
Tapi, hari ni tak dapat, ye. Entry selepas ini mungkin boleh. Kali ni, mama amik snap shots Aliya bersama-sama dengan favourite princesses. Belle & Aurora :)
Aliya gembira sangat masa tu. At first Aliya tak nak turun dari stroller, sebab panas sangat cuaca hari tu. Tapi, akhirnya berjaya dipujuk oleh Abah. Nasib baik Aliya turun juga. Sebab princess2 ni memang sangat princess like... They move and talk very2 gracefully. At first, they were standing, then masa Aliya sampai dekat dgn diorang, diorang pun duduk. Meleret baju Belle, kan? Cantiiiiiiikkk!
No comments:
Post a Comment