Based on the red and white book written to keep records of Puteri Fatin Aliya - everything that matters from her significant moments to medical records. A window down her memory lane.
Monday, April 26, 2010
H1N1 Jab
But anyway, masa tu takde orang kat klinik. Masa nak amik ubat mama perasan notice H1N1 jabs ada kat situ. So, mama teringat lah berita baru2 ni ada budak umur 5 tahun meninggal dunia sebab dia kena H1N1. And dia ada pre-condition. Tak ingat apa dia ada. Tapi mama tahu those with asthma adalah tergolong dalam orang2 yang berisiko tinggi. Mama teruslah tanya budak kat kaunter (bukan jawapan dia sendiri.. dia masuk dalam tanya Dr)... soalan2 seperti;
- Hari ni boleh amik Jab H1N1 tak? dia kata boleh
- Berapa lama H1N1 jab ni akan cover org yg amik Jab ni? dia kata: Varies. But normally between 6 to 1 year.
- Ada apa2 side effect? dia kata - normally demam sikit.
- Is it safe utk amik skrg? Sebab aliya ada runny nose sikit2 masa tu. Dia kata ok je
- Berapa yek kena bayar? 90 ringgit malaysia sahaja. Panel suami akak tak cover tau.
- Owh ye ke... takpe. Kalau camtu japlah.. Akak tak bawak cash ni, nanti akak datang balik.
- Eh kejap2... kalau nak amik Jab utk chicken pox boleh buat sekali ke (macam melampau kan mama?? Hahaha) Erk... jap sy tanya dr semula. Tapi tak boleh amik hari ni. Akak kena letak deposit sikit. Pastu kami order. Nanti bila ubat dah sampai kami call.
- Okey. Takpe, nanti akak tanye dr sendiri.
Sementara gi amik duit ngan Aliya, mama explain kat Aliya yang Aliya nak kena Jab kejap lagi. Aliya cakap "tapi Aliya kan tak sakit. Mama je yang sakit". Hehehe. Mama cakap, Mama nak bagi Aliya lagi strong la ni yang mama nak Dr cucuk Aliya ni... Aliya ok x? Aliya kata... "okey. Just a little bit nervous. Tapi saya brave, macam benjamin bunny " Phew. Nasib baik ada benjamin Bunny.
So. Dr Leow pun cucuk lah Aliya kat bon bon. Mama pegang je Aliya. Mama kata tak sakit pun, kan... ? Aliya kata sakit, tapi tak nangis pun. Memang brave lah anak mama. Dr Leow pun suka kat Aliya. "So cute lah ini girl. And Very2 brave". (ISH memang le... kan kan).
Tapi sakit kejap aje. By the time sampai rumah, dah tak sakit dah aliya kata. Hmm.... good girl :) Harap2 this jab works. InsyaAllah. Kita tawakkal je lah pada Allah. Kita dah usaha setakat yang mampu, kan? Jaga makan, makan buah2, minum susu, wash hand n sanitise tangan selalu... kan? Mudah-mudahan....
Mama tunggu je Aliya demam ke .. lembik ke apa ke lepas Jab. Dr kata akan ada effect within 24 hrs lepas cucuk. Tapi tak de pape pun. Tapi, tiba2 come monday ni (today), Aliya selsema. Agak teruk gak pagi tadi. Mata sampai sembab2 ni. Abah cakap maybe effect pada aliya lambat sikit sikit sebab Aliya strong kot.. (ye ke?) Ntah le. Aliya nak pegi school sebab excited ada sports day practice. Tapi mama rasa tak patut mama allow Aliya gi school. Unfair untuk kawan2 Aliya. Its not like I can not have you at home, kan. Alhamdulillah mama keje kat umah je.
Oh by the way. Dr Leow kata kalau nak amik cucuk utk chicken pox, kena tunggu at least 4 weeks lepas cucuk Jab ni. Dia kata Jab tu cover dalam area 6 months je. Itupun kalau makan tak jaga - makan ice cubes, durian... (?? Itu buah fav aliya tu!) boleh kena juga chicken pox. Hmm... macam tak payah la jab camtu, kan? Kita biar je immunisation semula jadi boleh? Seram.. haha. Dr tu gelak kat mama. Dia kata kat Aliya "oh your mama wants to protect you from everything huh??" Mama gelak la jugak. Sambil cakap "Oh sure... I as long as I can"
ANY mom would try to do that, kan. Ape lah Dr Leow ni. ;-P
Friday, April 23, 2010
"BAWALAH HATIMU PULANG KE ASAL"
Credits to SaifulIslam.Com.
Mama rasa entry dari ustaz Hasrizal ni sangat menyentuh hati mama. Mama harap Aliya juga akan dapat manfaat dari entry beliau ini. InsyaAllah. Semoga Allah pelihara kita semua. Amin.
“Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan Imam” Abdellah menahan saya di pintu masjid selepas Solat Asar.
“Waalaikummussalaam. Insya Allah semampu yang mungkin, saya cuba membantu. Apa masalahnya, brother?” saya berhenti sambil merenung langit yang gelap dipintas awan mendung.
“Saya mahu mengajak Imam ke rumah saya. Saya harap Imam dapat membantu abang saya” jawab Abdellah.
Beliau merupakan salah seorang jamaah yang bersolat di masjid kami.
“Eh saya tak pernah tahu pun yang kamu ada adik beradik di sini. Kenapa dengan abang kamu?” saya agak terkejut kerana biasanya Abdellah hanya kelihatan bersama kawan-kawannya sahaja.
“Ya, dia sudah lama di Belfast. Sekarang ni dia semacam ada masalah. Sentiasa berkurung di dalam bilik. Selalu menangis dan kadang-kadang menjerit tak tentu hala hingga menakutkan kami” Abdellah menjelaskan kepada saya.
Kerut dahinya memahamkan saya bahawa permintaan itu mesti saya penuhi.
“Mungkin dia kena rasuk jin agaknya, Imam!” ujar beliau lagi.
“Hmm, saya tidak pandai dan tiada pengalaman dalam hal ini. Tetapi kita tawakkal sahaja kepada Allah. Bila kamu mahu saya ke rumah kamu?” saya bertanya.
“Sekarang!” Abdellah menarik tangan saya menuju ke keretanya.

Belfast Lough sentiasa sibuk dengan kapal dan feri.
PERJALANAN KE ANTRIM
Perjalanan ke Antrim petang itu memakan masa hampir sejam. Pandangan mata saya terlepas jauh ke Belfast Lough yang sesekali ombaknya bergelora dipukul badai musim sejuk. Kelihatan sayup-sayup, kren Harland & Wolff (H&W) meratah usia tua selepas pernah gemilang membina kapal Titanic yang kononnya tidak mungkin dapat ditenggelamkan walau pun oleh Tuhan!
Hati saya resah.
Apakah yang bakal saya hadapi petang ini? Saya tidak mempunyai pengalaman menghadapi kes-kes merawat orang yang dirasuk jin. Terdetik juga rasa `sesal’ di hati. Susahnya menjadi Imam di Belfast. Usia saya baru 26 tahun. Tetapi disebabkan oleh tugas saya sebagai Imam tunggal dan pertama di sini, saya terpaksa mengendalikan pelbagai bentuk kerja yang terlalu besar untuk `budak hingusan’ seperti saya ketika itu.
Abdellah memandu keretanya dengan tenang. Lebuhraya Belfast ke Antrim sesak dengan kenderaan orang ramai pulang dari tempat kerja masing-masing. Saya dan Abdellah tidak banyak berbicara. Masing-masing sedang tenggelam dalam fikiran yang berkecamuk. Seperti trafik di M2 pada petang itu. Hati semakin berdebar dan akhirnya, selepas melewati bulatan ke lapangan terbang, saya tiba di rumah Abdellah.
DI RUMAH ABDELLAH
“Silakan masuk,” pelawa Abdellah.
“Ya Allah, aku gagahkan sahaja diri ini demi membantu hamba-Mu. Berilah aku perlindungan dengan niatku yang mahu membantu hamba-Mu ini semata-mata kerana-Mu ya Allah” saya duduk di atas sofa.
Susun atur perabut rumah itu nampak mewah.
Ada sentuhan Arab kerana banyak yang berwarna emas.
Namun cahaya rumah itu suram dan malap, seperti ahlinya.
Abdellah membawa turun abangnya dari tingkat atas. Beliau diperkenalkan sebagai Ali. Saya terpaku melihat mukanya.
Petang itu saya melihat wajah yang amat menggusarkan hati. Entahlah, sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Semacam ada awan hitam yang menyelaputi mukanya sehinggakan mata saya rasa kurang berdaya untuk menatap wajah Ali. Air mukanya bercampur baur antara dendam, sedih dan marah. Keliru barangkali…
“Assalamualaikum Brother Ali. Nama saya Abu Saif” saya menghulurkan tangan. Ali menyambut lemah. Semacam ada kedinginan padanya menerima kedatangan saya.
“Adik awak menjemput saya untuk melihat keadaan awak. Saya bukan doktor. Cuma seorang Muslim yang mahu membantu saudaranya. Dengan al-Quran” saya cuba memulakan perbualan.
Sepi.
Ali tidak memberikan sebarang respon.
Pandangan matanya banyak jatuh ke lantai.
“Ali, saya akan bacakan beberapa petikan ayat al-Quran perlahan-lahan. Kamu cuba ikut saya pada mana-mana ayat yang kamu ingin” saya mengajak Ali merawat dirinya.
Abdellah menepuk-nepuk belakang abangnya agar menurut arahan saya.
“Kami mohon perlindungan dengan-Mu ya Allah, dari syaitan yang terkutuk lagi tercela. Aku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih…” saya memulakan bacaan.

Saya yakin, ayat-ayat dan zikir yang saya amalkan dari himpunan al-Ma’thurat, adalah bekalan terbaik yang boleh saya gunakan. Apakah ada yang lebih baik daripada apa yang menjadi amalan dan kebiasaan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam sendiri?
Saya membaca dari satu petikan surah ke surah yang lain. Kadang-kadang pada ayat yang saya rasakan penting untuk di’rasa’ maknanya, saya ulang ia beberapa kali.
Saya nampak ada sedikit perubahan di wajah Ali. Kalau tadinya, wajah beliau seakan-akan tiada perasaan, mula terbit kemerah-merahan di bawah matanya.
Berkaca-kaca.
Tangannya sedikit ketar dan tiba-tiba, matanya menumpahkan tangisan seperti anak kecil yang merengek kelaparan.
Saya meneruskan bacaan sambil menepuk-nepuk belakang tangannya yang saya genggam.
“Sabar ya akhi. Mintalah bantuan daripada Allah. Kita ini hamba-Nya” saya cuba menyabarkan Ali.
Air matanya terus turun melimpah-limpah. Ketika sampai kepada firman Allah di penghujung surah al-Baqarah, saya berhenti seketika…

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hitung kami sebagai bersalah, jika kami lupa atau kami tersilap. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap mereka yang kufur terhadap-Mu” [al-Baqarah 2: 286]
Bibir Ali terkumat kamit seakan-akan cuba mencari kembali ingatannya kepada ayat yang saya bacakan itu. Beliau merenung mata saya semacam memberitahu bahawa di hadapan saya ada seorang manusia yang sedang tenggelam di pusar air. Bagai terbaca di matanya jeritan meminta pertolongan.
Saya sedih…
Tidak banyak yang saya lakukan petang itu. Hanya al-Ma’thurat yang menjadi bekal. Selepas kami berdoa, Ali bangun dan naik ke tingkat atas rumah. Sendunya masih terdengar sayup-sayup di bilik atas.
“Terima kasih Imam atas pertolongan kamu!” kata Abdellah.
“Brother, janganlah berterima kasih kepada saya. Saya tidak berbuat apa-apa. Apa yang saya buat, hanyalah membacakan kembali kepada abangmu kata-kata Tuhannya yang mungkin sudah lama dia tinggalkan. Ali bersolat?” saya cuba mencungkil asal usul masalah yang membelenggu ahli rumah itu.
“Tidak. Tidak pernah saya melihat dia bersolat. Kami tiba ke Belfast dari Algeria sudah lebih 4 tahun yang lalu. Abang saya nampaknya semacam terkena kejutan budaya. Dia tidak pernah solat, tidak pernah ke masjid, dia minum arak, malah…” saya memberhentikan kata-kata Abdellah.
“Tak apalah saudaraku. Kesilapan-kesilapan yang lalu biarkan ia berlalu. Bak kata orang Arab, wa maa faaata faat, wa man maata maat. Yang sudah lepas, biarkan ia berlalu, yang telah mati, biarkan ia mati. Mulakan sahaja hidup baru” saya tidak mahu keaiban Ali diceritakan kepada saya.
ROH ITU DEKAD DENGAN ALLAH
Saya mengambil peluang untuk mengingatkan diri saya dan Abdellah bahawa jasad fizikal kita mungkin tidak terasa dengan dosa. Tetapi hati, roh dan jiwa kita terseksa.
“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah” saya menamatkan bicara di situ.
Jam di tangan sudah menunjukkan tepat jam 5 petang. Waktu Maghrib sudah pun masuk dan saya mengajak Abdellah bersolat jemaah bersama. Beliau cuba mengajak abangnya sama tetapi Ali enggan turun.
“Dia menyuruh kita bersolat dulu, Imam” kata Abdellah kepada saya.
“Tak apa, Insya Allah kita berbaik sangka. Mudah-mudahan hatinya terbuka untuk kembali bersolat” saya tersenyum dan Abdellah mengangguk setuju.
Bukankah semasa di alam roh, Allah berbicara secara langsung dengan kita dan kita menjawabnya secara langsung dengan Dia? Demikianlah kebersamaan kita dengan-Nya. Membawa diri kepada zikrullah, membaca kalam-Nya dan bertadabbur menghayati ciptaan-Nya, semua itu adalah perjalanan roh yang kita bentangkan untuk ia kembali ke asalnya. Dekat dengan Dia. Semakin banyak kita berdosa, meninggalkan solat dan al-Quran, melayan nafsu dan mengikut jejak langkah Syaitan, bererti semakin jauh roh kita mengembara meninggalkan asalnya. Semakin jauh daripada Allah, semakin kehilangan bekal dan semakin sesal dan bebal dengan kegundahan yang ditanggung.
Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal. Kepada Tuhan.
Saya bermusafir di Eropah, tinggal di kota besar seperti London, namun saya masih mencari kampung. Mencari padang hijau dan burung undan berenang di kali. Saya bertemu tenang di situ kerana saya berasal dari kampung. Kembali ke suasana kampung bererti membawa diri kembali ke asal. Ada tenang di situ.
Malah tatkala saya memeluk ibu dan mencium tangannya, hilang semua resah di jiwa. Masakan tidak, saya berasal daripada dia. Mencium dan memeluknya adalah kepulangan saya kepada asal.
Itulah sifir kehidupan.
Tatkala resah membelenggu diri, kembalilah ke asal. Kembalilah ke kampung, kembalilah kepada bonda, kembalilah kepada Dia, Allah yang asalnya dirimu dekat dengan-Nya.
ALI KEMBALI
Jumaat itu, Ali muncul di masjid buat kali pertama semenjak beliau tiba di Belfast. Saya sempat melemparkan senyuman kepadanya ketika mahu memulakan khutbah. Segala puji bagi-Mu ya Allah. Tuhan yang lebih suka Mengampunkan hamba-Nya daripada mengazab mereka.
Kisah ini muncul semula di fikiran, ketika saya bersama isteri dan anak berkunjung ke Istanbul pada Disember 2003. Ketika azan dilaungkan, tiba-tiba hati saya menjadi pilu dan timbul rasa hairan di fikiran saya…, “apakah yang ganjilnya ini?”
Barulah saya tersedar, sudah lebih 3 tahun saya tidak mendengar kalimah Tauhid berkumandang di udara. Walaupun di masjid, ada azan yang dilaungkan, namun ia hanya di dalam kawasan masjid. Perasaan menghayati dan mendengar puji dan puja kepada Allah berkumandang di seluruh ruang udara, adalah terlalu indah.
Allah..!
Selama ini tidak pernah saya sedari bahawa di dalam jiwa ini merebak sebuah kekosongan. Rindu kepada laungan azan berkumandang di udara, tidak saya sedari sehinggalah seribu menara masjid di Istanbul membelah langit dengan kalimah yang mengagungkan Allah, memberitahu apa yang telah saya hilang.
Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan. Sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…
Jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa `dekat’ dengan Allah…
Kembalilah!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Misi Minyak
SO, since Mama cuma ada mood untuk menulis tentang Aliya... Why not mama tulis tentang Aliya je, ye dak? Dah lama pun mama tak sit down and focus pada blog ni. Entry sebelum2 ni semua mama buat through hp je. Ikut dan mama. Kebanyakan masanya ialah sementara mama tunggu Aliya main kat play area - kat Jusco ke... kat Keramat Park ke.. Kat dalam compound Sri Ayu ke. Tapi ada satu entry tu dah lama mama try send tak boleh2 nak publish. Isy. Penat je mama taip. Dah la keypad phone tak se best menaip di computer, kan. Harap2 one day boleh la upload.
Anyway.. apa ye tadi. Oh ye. Pasal Aliya. Semalam masa mama nak tidur.. a few minutes before lena, mama teringat the first time mama perasan Aliya bersikap expressive dengan fikiran Aliya: when Aliya speak your mind. Masa tu, kat Skudai. On the way to work, mama terpaksa singgah Petronas di dalam Taman Universiti utk isi minyak. Sebelum tu, Aliya tak pernah tanya atau komen apa mama buat... just tengok aje. That time, lepas mama siap semua and masuk dalam keta, Aliya terus tanya mama.
"Mama, mama buat apa tadi tu?"
I remember feeling so amazed at you that moment. You were just two.
Maybe sebab mama terkaget sebab tak jangka Aliya akan tanya, and i never prepared myself to answer such questions from you before. Yes, I have read that mothers should explain when they were asked, but the moment of truth.... Hmm... You really did caught me off guard. With your innocent eyes, so curious, and demanding for the answer.
I remember smiling, hugging you before starting with the ignition. And then while driving you to your nursery, I explained what i did and why i did it. And you got my explanation. I knew, because you talked to me again about mama 'MISI MINYAK' when we were on our way back home later that day.
And then i thought, wow... You have grown so much since then. As i lie there in my bed, i realised that you have already begin to do things that grown ups do... sleeping in your own room, knowing to clean up and tidy up things, talking about your friends... Had fun playing hide and seek yesterday at the park.. and sometimes, making decisions, making options.
Wah.... how time flies. Tapi lepas tu mama pun tido. Hehehe. Dah ngantuk sangat. Tunggu abah balik tak sampai2. Asyik layan bos dia aje ;-).
Kay la sayang. Ni mama letak video aliya naik bike. Enjoy ;-)