Monday, April 26, 2010

H1N1 Jab

Last Friday mama gi klinik sebab sakit mata sebenarnya. Mama punya mata kiri bengkak. Ingatkan ada kena mengena dgn cermin mata baru or contact lens ke.. rupa2nya mata mama (according to Dr) digigit serangga kecil. Spider ke apa ke (dia kata lah). Mama bgtau dr dekat tulang eye socket ni pun rasa sakit. Dia kata ye lah... bisa serangga tu akan attack nerves dekat mata. Tapi mata putih mama tu tak merah pun. Cuma mata rasa gatal sangat sangat and dekat kelopak mata mama ada sikit bengkak. Itupun tak merah. So, dr bagi lah mama ubat alahan (beserta pesanan untuk jangan makan seafood for the following 24hrs) dan ubat utk itchiness. Memang lepas tu... lega. Hilang bengkak. Gatal2 je ada lagi sikit ni.

But anyway, masa tu takde orang kat klinik. Masa nak amik ubat mama perasan notice H1N1 jabs ada kat situ. So, mama teringat lah berita baru2 ni ada budak umur 5 tahun meninggal dunia sebab dia kena H1N1. And dia ada pre-condition. Tak ingat apa dia ada. Tapi mama tahu those with asthma adalah tergolong dalam orang2 yang berisiko tinggi. Mama teruslah tanya budak kat kaunter (bukan jawapan dia sendiri.. dia masuk dalam tanya Dr)... soalan2 seperti;

- Hari ni boleh amik Jab H1N1 tak? dia kata boleh
- Berapa lama H1N1 jab ni akan cover org yg amik Jab ni? dia kata: Varies. But normally between 6 to 1 year.
- Ada apa2 side effect? dia kata - normally demam sikit.
- Is it safe utk amik skrg? Sebab aliya ada runny nose sikit2 masa tu. Dia kata ok je
- Berapa yek kena bayar? 90 ringgit malaysia sahaja. Panel suami akak tak cover tau.
- Owh ye ke... takpe. Kalau camtu japlah.. Akak tak bawak cash ni, nanti akak datang balik.
- Eh kejap2... kalau nak amik Jab utk chicken pox boleh buat sekali ke (macam melampau kan mama?? Hahaha) Erk... jap sy tanya dr semula. Tapi tak boleh amik hari ni. Akak kena letak deposit sikit. Pastu kami order. Nanti bila ubat dah sampai kami call.
- Okey. Takpe, nanti akak tanye dr sendiri.

Sementara gi amik duit ngan Aliya, mama explain kat Aliya yang Aliya nak kena Jab kejap lagi. Aliya cakap "tapi Aliya kan tak sakit. Mama je yang sakit". Hehehe. Mama cakap, Mama nak bagi Aliya lagi strong la ni yang mama nak Dr cucuk Aliya ni... Aliya ok x? Aliya kata... "okey. Just a little bit nervous. Tapi saya brave, macam benjamin bunny " Phew. Nasib baik ada benjamin Bunny.

So. Dr Leow pun cucuk lah Aliya kat bon bon. Mama pegang je Aliya. Mama kata tak sakit pun, kan... ? Aliya kata sakit, tapi tak nangis pun. Memang brave lah anak mama. Dr Leow pun suka kat Aliya. "So cute lah ini girl. And Very2 brave". (ISH memang le... kan kan).

Tapi sakit kejap aje. By the time sampai rumah, dah tak sakit dah aliya kata. Hmm.... good girl :) Harap2 this jab works. InsyaAllah. Kita tawakkal je lah pada Allah. Kita dah usaha setakat yang mampu, kan? Jaga makan, makan buah2, minum susu, wash hand n sanitise tangan selalu... kan? Mudah-mudahan....

Mama tunggu je Aliya demam ke .. lembik ke apa ke lepas Jab. Dr kata akan ada effect within 24 hrs lepas cucuk. Tapi tak de pape pun. Tapi, tiba2 come monday ni (today), Aliya selsema. Agak teruk gak pagi tadi. Mata sampai sembab2 ni. Abah cakap maybe effect pada aliya lambat sikit sikit sebab Aliya strong kot.. (ye ke?) Ntah le. Aliya nak pegi school sebab excited ada sports day practice. Tapi mama rasa tak patut mama allow Aliya gi school. Unfair untuk kawan2 Aliya. Its not like I can not have you at home, kan. Alhamdulillah mama keje kat umah je.

Oh by the way. Dr Leow kata kalau nak amik cucuk utk chicken pox, kena tunggu at least 4 weeks lepas cucuk Jab ni. Dia kata Jab tu cover dalam area 6 months je. Itupun kalau makan tak jaga - makan ice cubes, durian... (?? Itu buah fav aliya tu!) boleh kena juga chicken pox. Hmm... macam tak payah la jab camtu, kan? Kita biar je immunisation semula jadi boleh? Seram.. haha. Dr tu gelak kat mama. Dia kata kat Aliya "oh your mama wants to protect you from everything huh??" Mama gelak la jugak. Sambil cakap "Oh sure... I as long as I can"

ANY mom would try to do that, kan. Ape lah Dr Leow ni. ;-P

4 comments:

  1. owh...bagusla aliya amik jab h1n1 tu..tapi effective for how long pulak?

    seb baik dia bgtau awal2 chick pox effective for 6 month..sebab i get the idea mmg budak takkan kena once dah kena jab tu...durian ada allergies? setahu k tish, hanya buah yg kaya ngan vit C yg sumtimes bad for certain, mcm anak k shida...nanti batuk tak berenti2 kalau makan oranges....kesian dia...

    ReplyDelete
  2. Jab H1N1 pun dr kata effective between 6 to 12 months. Itulah! At first yani pun ingat jab chicken pox tu tahan seumur hidup. Hahaha...

    Pasal durian tu yani pun tak pasti kenapa. Maybe durian ada tindakbalas kot dgn vaksin tu. Kan ada orang kata tak boleh makan durian kalau makan ubat dr... kot? tapi haah, dulu Aliya pun tak boleh makan oranges, grapes, even air vitagen pun x boleh. Dr kata smua yang masam2 aliya tak boleh dulu. Dia akan selsema teruk! Skrg dah okey dah...

    ReplyDelete
  3. agaknya akalu jab tu tahan seumur hidup, miskin kot doc2 ni...dah tu, rubella, bcg, polio semua tu??? ni nak kena tanya rakan2 doc ni...tapi nanti kita dilabel...ibu vaksin...huahahahha...ibu prihatin vaksin....

    maybe sebab aliya dah lebih 2 thn kot...tapi anak k shida sampai skrg mmg tak boleh...kesian...

    uit..k tish tak pernah dgr plak kalau makan obat tokleh makan durian...mungkin sebab i tak makan sgt buah2an tempatan kot...i makan apple, grapes and oranges..sunkist only..ahaks....ada durian sunkist???ahaks...

    ReplyDelete
  4. lawak jugak bab yang last tu.. tapi ye lah aliya... kalau boleh sampai bila2 ibu2 ni akan protect anak2 dia dari segala macam perkara pun.. one day, you'll become a mom, u'll understand :-)

    Aliya brave girl ah!!! cayalah.. auntie dulu kena cuci tangan sebab kena pisau ni pun dah nangis2.. so shame la auntie.. Irfan belum buat lagi this H1N1 ni lagi.. tapi Irfan dah kena chicken pox.. hehhe.. menjaganya alhamdulillah.. cuma gatal2 kena tgk tanggannya selalu berada di mana.. hehhe..

    ok Aliya! take care! semoga mata sembab aliya dah ok!

    ReplyDelete